Ads Top

Pertempuran James Brooke Dan Iban Saribas 1849


 Pertempuran berlaku antara orang oran seribas dan angkatan perang James Brooke, Pertempuran yang di kenali dengan Perang Beting. Pertempuran yang berlaku pada 31 Julai 1849.pertempuran yang telah berlaku di beting marau, terletak di kuala sungai kerian, sarawak

Peperangan yang telah membunuh banyak jiwa. Pengepungan juga di lakukan oleh angkatan perang James Brooke. James telah memereangi orang orang Iban Saribas dan Skrang yang di katakan perompak perompak laut.


Angkatan perang James Brooke yang seramai 300 orang dan di sertai tiga buah kapal perang H.M.S Royalist, H.m.S ALbatros dan Namesis. Mereka telah bertolak dari Kuala Sungai Sarawak pada 24 Julai 1849. Brooke telah mendapat perkhabaran tentang angkatan perompak laut yang terbesar telah meninggalkan saribas menuju kebatang Lupar.


Pada 27 Julai 1948 Brooke telah mengerahkan angkatan perangnya mengepung Kuala Sungai Kerian untuk memerang angkatan perompak laut, bila mereka pulang ketempat mereka di Sungai Saribas.


setelah angkatan james brooke menunggu selama 3 hari, pertempuran telah berlaku, semasa perahu orang orang iban saribas cuba memaskui sungai saribas.Pertempuran ini telah banyak membunuh orang orang iban seribas.


Angkatan perang James Brooke telah menyerang perkampungan orang orang iban ini dan akhirnya 250 orang ketua ketua Iban seribas dan Melayu Saribas mentandatangi perjanjian.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.