Ads Top

Objek Yang Di katakan Meteor Adalah Roket China

 Gempar bila penduduk Sarawak di kejutkan dengan satu bunyi dentuman dan pada waktu itu jam 12:50 malam bersamaan dengan 31 Julai 2022. Satu Objek bercahaya dengan perlahan melintasi beberapa daerah di sarawak. Penduduk Sarawak Terkejut dengan cahaya dan Objek yang melintas di sangkan Batu Meteor.

Batu Meteor itu dikhabarkan adalah serpihan roket china yang jatuh kebumi. Sisa Roket China - Long March kelihatan di langit Sarawak dan dikhabarkan jatuh di sekitar Lautan Sulu - Filipina.

Serpihan Roket itu telah melintasi Miri, Bintulu , Brunei, Sibu dan Kuching.



Dan terdapat goresan awan panjang dipercayai sisa wap air terbentuk dari haba panasnya di atas Kuching atau mungkin sekali ia berkecai  di situ kerana penduduk Kuching telah dilaporkan mendengar letupannya sejam lalu.

Letupan yang kuat didengari ialah apabila jasad logam terbakar itu menembusi atmosfera basah yang tumpat dan sisa dipercayai mungkin jatuh di jalur wilayah di antara Bekenu - Miri - Negara Brunei - Limbang - Lawas - Beaufort dan bahagian selatan Pantai Barat Sabah.



Beberapa serpihan roket angkasa lepas China tanpa kawalan telah jatuh ke Bumi di kawasan Sarawak sekitar jam 12.50 pagi tadi. Laman Youtube yang melaporkan ini secara live meminta penduduk Sarawak yang terjumpa sisa ini agar menjauhinya demi kesihatan kerana ia terdapat radiasi radioaktif bersamanya.





Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.