Ads Top

Tips Buat Duit Online Tanpa Modal




Dalam Era Sekarang Kalau anda tidak menjana pendapatan anda ketinggalan, apalagi anda perlukan pendapatan sampingan.. untuk menambah kos bebanan perbelanjaan di rumah yang banyak nak di pakai. Boleh lah nak beli apa yang patut. Bila tengok jiran jiran , kengkawan yang dapat membeli apa yang mereka mahu.Kita pulak asyik memikirkan cara nak cari duit lebih. Kalau nak kerja siapa siapa pula nak jaga anak anak kita.

Mungkin anda pernah dengar dropship tanpa modal. Ada Beberapa cara nak buat kalau anda ada keyakinan. Di situ ada kemahuan di situlah ada jalannya.

Blogging
 
Anda Boleh membuat blog secara online, Memgunakan handphone boleh jer asal yakin. Blogging ni bukan nya anda kena jadi penulis.Baru boleh berblogginh, Anda boleh jer buat artikel mengenai cara pengasuhan anak anak, masakan , petua, atau kongsi cerita menarik dalam hidup anda atau tutorial, Nak cari platform buat blog, Boleh signup blogspot atau wordpress. Saya cadangkan guna blogspot sebab simple dan senang untuk yang baru bermula. Cukup 30 artikel , blog anda 3 bulan bolehlah apply Google Adsense.
Dan yang paling penting jangan copypaste artikel orang lain pulak. Sebab ini sudah melanggar etika Googla Adsense. Yang ini anda kena banyak belajar teknik-teknik berblogging, menarik traffik dan teknik SEO. Bila sudah dapat income nanti boleh lah anda  beli laptop untuk kemudahan anda nak berblogging.

Klik sini untuk mengetahui mengenai seo , Mahu Blog Anda Mesra SEO

Youtuber

Buat duit dengan youtube, yang ni anda pun boleh saja guna smart phone je. Asalkan kamera jelas dan audio cantik. Tak payah nak beli kamera digital , smartphone pun cukup. Konten anda kena menarik,  yang boleh bagi penonton nak tengok video anda. Nak dapatkan penonton mungkin ambil masa . Kena serius lah kan. Jangan buat konten yang orang akan meluat dengan kita pulak. Buatlah konten masakan ke, jahitan ke, buat konten sabun ke, tanaman ke, kalau anda ada hobi dan jadikan video anda lagi bagus. Pastikan jangan langgar peraturan youtube. Cukup 1000 subscriber 4000 jam tayangan dah  oleh apply adsense. 


Facebook

Rata rata sekarang di kalangan kita sudah ada akaun facebook kan.
Tahu tak anda facebook pun boleh buat duit melalui platform Fanpage , anda cuma boleh create fanpage dan tajuk page anda . Fanpage pun kalau anda upload video sendiri konten apa yang akan anda stream, kalau banyak view sudah boleh monetize untuk dapatkan iklan di facebook, ia sama juga seperti youtube. sekarang bila kita tonton video kat facebook mesti ada iklan kan. Sama macam youtube. Facebook pun sama kalau kita buat video. Banyak view boleh apply untuk monetize kan ..

Satu lagi kelebihan facebook, bila anda membuat video streaming , jika followers anda memberikan star pada anda . Anda dah dapat duit dari followers yang meminati video stream anda. Star itu pulak boleh di tukarkan kepada wang.

Kalau anda ada lebih dari 50k Followers atau lebih 100k followers anda pun boleh buatkan ruangan iklan untuk  di sewakan.
Andai kata anda sewakan 1 post iklan post iklan Rm70 boleh lah buat dalam 1 post iklan anda postkan iklan tu waktu pagi tengahari petang. Kalau ada 10 pengiklan nak sewakan tapak iklan di page anda. Anda sudah boleh buat duit. 





Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.