Ads Top

TM Meminta Maaf Atas Gangguan Unifi TV Seluruh Malaysia


 


Telekom Malaysia, berkata perkhidmatan TV unifinya mengalami gangguan di seluruh negara pada kira-kira 9.50 malam Isnin (3 Jan) akibat kebakaran yang menjejaskan peralatan bekalan kuasa tidak terganggu di TM Kompleks IT di Cyberjaya, yang seterusnya memberi kesan kepada sistem kuasa.

Dalam satu kenyataan rasmi ,Mereka berkata ia sedang bekerjasama dengan kontraktor dan pasukan kejuruteraannya untuk memastikan perkhidmatan dipulihkan secara beransur-ansur dengan pemulihan kuasa dijangka siap pada 12 tengah hari Selasa.

Unifi TV di anggarkan akan menyambung semula perkhidmatannya pada jam 3 petang hari ini (Selasa). Bagaimanapun, TMpoint Cyberjaya akan kekal ditutup buat sementara waktu berikutan bekalan kuasa yang rendah.



Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.