Ads Top

Suku Kaum Etnik Yang Hilang DI Bumi Sarawak





Semasa Rajah James Brooke ke Sarawak pada tahun 1841,Sarawak hanya mempunyai sekitar 60 kumpulan etnik sahaja.Mungkin anda tidak pernah mendengar etnik Ukit,Saban,Sekapan, Tagal,Sihan,Lahanan,Kejaman, Kaum Longkiput atau Remun.Suku kaum etnik tidak mengatakan diri mereka mengikut nama kaum seperti yang kita kenali pada hari ini. Sebaliknya,Suku kaum etnik ini menggelarkan diri mereka mengikut batang sungai dan penempatan.Semasa itu Rajah Brooke belum lagi menjajah bumi sarawak Tahukah anda jumlah etnik ini semain berkurangan di Sarawak, Mungkin sebahagian etnik ini sudah pupus atau hilang di bumi sarawak, di manakah mereka sekarang


Sebahagian dari orang Melayu yang kita kenali pada masa ini sebenarnya berasal daripada suku kaum yang pada asalnya bukan beragama Islam.Amalan perkahwinan campur menjadikan mereka juga telah memeluk Islam dan ini sudah lama berlaku di Sarawak sejak berpuluh puluh tahun  dahulu lalu,sehingga suku ketiga abad lepas, ada yang mengatakan mereka sebagai masuk Melayu,dan bukannya masuk Islam. maksudnya setelah mereka berkahwin dengan pasangan melayu islam, mereka juga di katakan memeluk islam dan menjadi orang melayu dan di situlah bermula kepupusan etnik ini.


Awal abad ke15, Sultan Brunei  menjadi begitu kuat dan berpengaruh di Borneo.Dan ketika itu juga, banyak suku kaum lain seperti Melanau Kedayan ,kaum Dayak turut memeluk agama Islam. Mereka bukan sahaja menganuti agama islam, tetapi turut mengamalkan akomodasi, asimilasi ,amalgamasi dari segi sosiobudaya. Ada daripada mereka menggelarkan diri sebagai Orang Melayu apabila sudah memeluk agama Islam.

Mengikut kajian orang Belanda, Sebelum pemerintahan Belanda, kebanyakan masyarakat Iban di kawasan Kapuas telah pun memeluk islam dan menjadi orang Melayu, Dan mereka juga di pengaruhi oleh kebudayaan Melayu. Gelaran nama Dayak  merupakan ciptaan pegawai dan pengembara dari Barat, Iaitu Orang Belanda dan Inggeris, di sekitar kepulauan Borneo pada abad ke19. Dan sebenarnya suku kaum dayak juga telah memeluk Islam dan menjadi bangsa  Melayu.  

Perkara ini turut berlaku kepada etnik orang Pegu, Seru, Kedayan Melanau dan Bliun. Kaum minoriti Seru yang terdapat di Saribas  dipercayai merupakan kaum bukan Melayu yang pada awalnya yang memeluk agama Islam di Sarawak.

Kaum Seru juga di kenali sebagai bangsa yang lemah dan selalu menjadi mangsa kegiatan ngayau  atau  memotong kepala kaum Iban. Kedatangan orang Melayu membuatkan mereka mendapat perlindungan. Ekoran daripada itu, ramai wanita Seru mengahwini orang Melayu, dan akhirnya seluruh kaum itu menganut agama Islam dan mengatakan mereka pun menjadi bangsa Melayu dan hal yang sama juga berlaku kepada kaum etnik Bliun diRejang dan Miri di Baram.

Kaum kaum ini sudah tidak lagi wujud atau sudah pupus pada awal abad ke19. Orang Kedayan di Sibuti dan Limbang Lawas tmemilih untuk masuk Melayu dan menganut agama Islam. Mereka juga merupakan antara orang terawal di utara Borneo yang menerima ajaran islam walau pada hakikatnya mereka masih menggelarkan diri mereka Kedayan dan mempunyai keperibadian diri yang jelas.

Orang Pegu yang sebenarnya berasal dari Hulu Sadong dan mereka juga telah berhijrah ke Santubong. Orang Melayu Samarahan sebenarnya adalah daripada keturunan Pegu. Ternyatalah, orang Pegu juga telah mengelarkan diri mereka Melayu, apabila mereka sudah memeluk agama Islam. Dan suku kaum dari etnik Pegu sudah hilang daripada muka bumi Sarawak  ekoran daripada proses asimilasi sesudah mereka memeluk agama Islam.  

Di kalangan kaum Pegu telah menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti sehingga kemudiannya mereka menjadi seratus peratus orang Melayu.


Suku kaum Melanau, Seperti suku kaum Melanau Islam, Suku kaum Melanau Kristian dan Melanau yang masih memegang kepercayaan lama. Lebih kurang dari 75% peratus suku kaum Melanau telah menerima agama Islam dan mereka juga meninggalkan adat resam dan rumah panjang mereka, Itulah hasil kejayaan pemerintahan kesultanan Brunei. Orang Melanau Islam dari bahagian ke 3 dan ke 4 seringkali memanggil diri mereka sebagai orang Melayu dan oleh orang lain meski pun hakikatnya mereka ialah Melanau. Kebanyakan orang Melanau dari bahagian pesisiran pantai  sudah terpengaruh dengan kebudayaan dan adat resam orang Melayu, dan mereka juga telah memeluk agama Islam. Separuh dari mereka  mengganggap diri mereka seperti orang Melayu walaupun ada yang lebih suka mengekalkan budaya lama mereka sebagai orang Melanau Islam, Dan mereka juga tidak tinggal dirumah panjang dan mereka juga  tidak lagi mengamalkan kebudayaan dan adat resam yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Perkara ini turut berlaku kepada suku kaum Bliun di Sarikei dan di Tembang Bliun apabila mereka berpeluang bergaul  dengan orang Melayu dari Sadong dan Simanggang.Dan hasil perkahwinan berlainan kaum, mereka menyifatkan diri mereka adalah orang Melayu menyebabkan semua suku berkenaan mengatakan mereka adalah orang Melayu.


James Brooke juga mencatatkan bahawa ramai orang Iban di Lundu telah memeluk agama Islam pada awal tahun 1939.  Dan juga pada.awal tahun 1854, menurut mubaligh Kristian,Gomes, mengatakan Iban di Lundu juga telah menggunakan dan mengamalkan bahasa dan budaya Melayu Sarawak.  

Awal tahun 1860, Iban Balau di Bahagian Ke2, Sarawak, termasuk Anak Pegawai Negeri telah memeluk Islam dan menjadi orang Melayu. Iban di Skrang dan Saribas lebih terdedah kepada kebudayaan Melayu dan agama Islam kerana mereka tinggal di kawasan yang sama. Dan suku kaum itu sering bergaul, malah mereka  terlibat dalam kegiatan bersama seperti kegiatan perdagangan,ketenteraan dan perlanunan. Dalam keadaan demikian,  sudah tentu perkahwinan campur antara dua kaum terjadi dan membuatkan mereka memeluk agama Islam, Dalam kalangan suku kaum Iban lebih mudah berlaku perkara sedemikian.


Pergaulan antara kaum etnik bukan Islam turut menyebabkan etnik lain yang kecil hilang atau hampir hilang. Masalah ini juga berlaku kepada Orang Tatau,  Di Tatau yang tinggal kurang daripada 10 orang sahaja lagi yang berdarah  kaum Tatau,yang sebenarnya mereka berasal dari Kalimantan. Perkahwinan campur antara Orang Tatau dengan orang Punan Kakus dan Beketan yang hidup di persekitaran menyebabkan Orang Tatau yang mengakamodasikan diri mereka ke dalam masyarakat yang lebih dominan di ambang kepupusan.  

Jika ditelusuri dari segi sejarah keturunan atau asal usul, Sebenarnya Orang Tatau, Punan Kakus dan Beketan mempunyai hubungan keturunan serumpun,oleh kerana penghijrahan  dan perkahwinan campur antara kaum telah menyebabkan kaum itu hampir hilang dari bumi sarawak. Mungkin Orang Tatau juga akan mengalami hal yang sama seperti di alami kaum Seru, Pegu dan Bliun dalam tempoh kurang daripada dua dekad.

Kehilangan pada setiap suku kaum etnik adalah satu kehilangan yang besar dari segi warisan dan bangsa. Jika hilang sesuatu suku etnik,maka hilang bersama kaum itu ialah khazanah yang begitu berharga. Hilangnya juga satu suku kaum etnik  maka hilanglah bersamanya ialah bahasa,kepercayaan,kebudayaan,adat resam dan seluruh adat istiadat kaum mereka.


Klik Sini Ebook Asal Usul Melayu Sarawak

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.