Ads Top

Kuala Lumpur 1971 Di landa Banjir 50 Tahun Yang Lalu


Banjir besar yang melanda ibukota Kuala Lumpur bermula dengan hujan monsun yang sangat lebat pada 26hb Disember pada tahun 1970, dan berterusan selama seminggu hingga awal Januari.Dan dalam tempoh 24 jam keadaan ketika itu semakin teruk dan air di sungai Pahang terus meningkat.Dan amaran di beri supaya penduduk berada tempat yang tinggi.jalan Utama yang di naiki air mengakibat kenderaan berada di situ habis di tenggelami air.

Banjir Besar yang berlaku di bandaraya Kuala Lumpur menjadi sejarah 50 Tahun yang lalu. Hampir 60% keselurahan bandaraya di tengelami air .Waktu itu Kuala Lumpur bagaikan di tengah lautan.Bangunan Sultan Abdul Samad pula ditenggelami air sehingga 1.83 meter. Hari Ini Sudah masuk 50 Tahun Peristiwa Itu Berlaku.


Pengistiharan Darurat Pada Musim Banjir


Peristiwa banjir paling besar yang pernah melanda negara Malaysia  berlaku pada bulan Januari 1971.Sehingga kerajaan pada ketika itu terpaksa mengisytiharkan darurat setelah hampir seluruh negara ditenggelami oleh air.

Dan hujan lebat yang turun tidak berhenti  selama hampir seminggu.

Pada waktu itu Tun Abd.Razak telah mengadakan sidang kabinet tergempar setelah mendapati laporan banjir mula melanda seluruh tempat di Malaysia.

Pada mesyuarat itu mereka telah memutuskan dan mengisytiharkan darurat banjir di seluruh negara berkuatkuasa  5hb Januari 1971. 

Dan dua buah jawatankuasa kabinet bantuan serta pemulihan banjir di mana Perdana Menteri sendiri menjadi pengerusinya.

Sebuah lagi jawatankuasa untuk mentafsir  dan mengkaji kerosakan dan mengarahkan langkah langkah pemulihan ekonomi dan sosial. 

Kuala Lumpur bandar yang paling teruk dilanda banjir ketika itu di mana lebih daripada setengah kawasan Kuala Lumpur ditenggelami air berikutan hujan yang turun mencurah curah selama hampir seminggu.

Peristiwa banjir itu telah  mencatat 87.4 juta kerugian. Sebanyak 180000 orang telah terjejas. Dan kematian di anggarkan 32 orang.

Pada waktu itu Kuala Lumpur sudah terputus hubungan dengan dunia luar dan pasaran saham juga turut ditutup akibat banjir yang melanda.










Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.