Ads Top

Pendapatan Adsense 2011 Akaun Adsense Aku Di Ban

Pendapatan Google Adsense

Sudah lama tidak berblogging ini lah yang membuat penulisan saya nampak tak berapa  bagus, Di entry kali ini biarlah saya gunakan bahasa yang mudah kau orang nak fahami. Sejak  akaun saya ni dapat balik saya merasai semangat nak berblogging lagi. Doakan lah moga penulisan saya dalam dunia blog ni kekal hendaknya.

Sejak saya di Ban oleh Google Adsense, semangat nak blogging pudar, malas dah buat blog, buat kalau rasa nak buat, kalau ada idea baru nak buat,Walaupun ada cara lain nak jana wang masa tu. Tapi tak setanding pendapatan adsense yang lebih mahal.

Saya mula berblogging adalah pada tahun 2009 tu belum serius nak buat, masa tu jarang jarang hinggalah 2011, Saya konsisten dan  start mengenali google adsense dari kawan kawan online, yang kebanyakan nya dari malaysia, India, Indonesia dan UK. Dan ilmu adsense pun tak banyak yang saya kaji. 

Masa tu mulalah kenal cara blackhat. Nak dapatkan pendapatan adsense dengan cepat, blogging hanya untuk dapatkan income. Bukan nak salurkan maklumat... ceteknya ilmu masa tu..., lepas ni, Insaflah buat blog cara sihat, baru income tu berkat kan.


Pendapatan Adsense Saya

Baiklah Kat sini saya nak tunjuk pendapatan Adsense saya pada tahun 2011, ini sebahagian yang sempat saya simpan selama ni. Inilah pendapatan Adsense pada mac 2011.

Ini hanyalah sebahagian Pendapatan Adsense saya yang belum terkumpul sehingga sebulan.




Nampak tak akaun lama Adsense dulu dan yang sekarang amat berbeza dengan sekarang, Banyak pembaharuan dari segi akaun, Dan Syarat Google Terbaru tahun 2021 ini.

Ini mesti blogger dulu-dulu kenal rupa Akaun lama Adsense ni yang  pernah mempunyai akaun lama Adsense, nampak nya dah jadi nostalgia.. hehe


Bila Pendapatan Adsense Nak mencecah Tinggi.

Ok story balik pasal Blogging saya dulu,tau tak saya pernah dapat pendapatan adsense sehingga 400USD , pendapatan paling tinggi saya dapat. Di masa itulah  google ban kan akaun Adsense saya. Saya dapat info selepas mereka lakukan review.

Sedih juga masa tu, tapi kena redha sajalah. masa tu tak ada guna,Seingat saya masa tu hanya guna blogspot.com saya  tak ada guna domain, adsense .

Kalau kau orang ada akaun adsense Jagalah akaun tu baik-baik, ikut prosedur Adsense. buatlah blogging dengan minat dan salurkan maklumat yang terbaik agar terkesan di hati pembaca.

Baiklah kau orang, Saya harap bagilah rating pada blog saya ni ye. jadi follow2 lah hendaknya. Jika ada sebarang soalan saya akan menjawab seboleh yang mungkin, boleh sharing di blog saya pandangan dan idea anda



Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.